Love Been Taken
Anna Syazana



Who you're it's not important but know about who you're it's more important

Story Owner Linkies
Scream Here



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Anna Syazana
Best view: Google Chrome
Second Chance?
Monday, 22 December 2014 | 00:12 | 0 comments

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


"Assalamualaikum dunia."
           Kita manusia sering melakukan kesilapan. Tiada seseorang pun yang dapat lari daripada membuat sebarang kesilapan sedangkan Nabi Muhammad pun pernah bukan? Namun disetiap kesilapan yang berlaku sebenarnya Allah mahu kita berlajar daripadanya agar menjadi tauladan dan pengajaran dikemudian hari. 
          Sedarkah sering kali kita sebagai manusia apabila sesuatu yang mudah diperoleh, kita akan mengambilnya hanya dengan sambil lewa, kerana kita berpendapat "jika habis tu, ada lagi yang lain".
         Namun bila kemudahan itu hilang kita mula teraba-raba, terpinga-pinga mencari jalan penyelesaian. Bukan apa saya disini hanya mengingatkan apabila kita ada peluang rebutlah dengan penuh ikhlas dan manfaatkannya. Peluang kedua? Tidak semua orang dapat peluang kedua. Memanglah setiap apa yang terjadi ada hikmah dan sebabnya, namun jika tiada usaha tiada gunanya,bukan? 
      Sebenarnya perkara ini semua berlaku pada saya dan sedang berlaku sekarang. Saya menulis ini untuk menjadikan iktibar buat saya dan kawan-kawan sekalian. Sekarang baru saya faham maksud "Terhantuk baru terngadah". Dulu ramai yang menasihati saya supaya jangan melengahkan masa kalau tak rugi yang dapat. Namun dengan tahap kedegilan saya yang tahap tetra pada saat itu. Saya hanya mengendahkan sahaja. "Alah banyak lagi masa boleh isi online".
        Saya melengahkan untuk mengisi borang untuk kemasukan ke matrikulasi 2015/2016. Sedangkan guru guru disekolah sudah kering tekak mereka memperingatkan agar rebut peluang tersebut sebelum terlambat. Keputusan saya pada waktu itu, "Ahhhh nanti ah."

Pada awal bulan Disember saya rasa sudah tiba masa untuk saya mengisinya, namun Allah sudah menetukan segalanya.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sebak dan sedihnya saya kerana kedegilan dan sikap suka buat kerja last minute. Tarikh tutupnya pada 30 November 2014. Kesedihan yang terpancar di muka ibu bapa saya amatlah ketara. Ayah saya berusaha bersungguh sungguh untuk melihat saya memasuki ke matrikulasi dan menjadi seorang pegawai farmasi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan menyesal saya pada waktu itu. Saya menyesal dan rasa berdosa kerana mengguris hati kedua ibubapa saya. Pada malam itu saya berasa sangat berdosa kerana saya telah membuat ayah saya mengalirkan air mata. Saya menyesal kerana langsung tidak menghargai jasanya. 
"Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu yang lagi hina dan berdosa ini."   
       "Alah bukan rezeki kau tu, banyak lagi yang lain.
" Ya. Memang betul. Tapi aku telah mensia-siakan peluang pertama aku". "Bukannya bersikap tamak, tapi jika peluang itu aku manfaatkan hmmm?" Pada saat itu saya hanya mengeluh panjang. dan hilang kata kata saya. Hanya air mata yang menjadi penyambung jawapan saya. Saya tahu kawan saya ingin menenangkan hati saya. Saya sayang mereka. Walaupun saya tahu jawapan yang akan mereka beri setiap kali jika saya bertanya tentang matrikulasi
     "Ya Allah Hanya kau sahaja yang tahu apa yang ada dalam hatiku, Kau penuhilah impian Ayahku, Aku tidak mahu mengecewaknanya lagi. Aku menyesal dengan tindakanku...................."
Daripada situlah saya belajar, saya bukan lagi seorang pelajar sekolah yang boleh bergantung pada ibu,ayah cikgu mahupun kawan kawan. "Belajarlah berdiri diatas kaki sendiri". Ya! Walaupun saya takut kerana saya tahu betapa banyak lagi dugaan di dunia luar sana yang menanti. Namun itu semua ujian Allah terhadap hambaNya. Saya harap saya diberi peluang kedua. Amin. Kalau matrikulasi bukan rezeki saya, UiTM? UPU? ASASI? KOLEJ? Perhaps. But i won't take it easy anmore. I really regret for what I've done.
"When you're in hard situation, think that someone else might facing worse than you'
"When you got a chance, grab it before you lose it"  
"Second chance? Hmmm ntahlah hanya Allah yang tahu"



Old things